Saturday, October 3, 2009

Galleri Gambar Foto gempa bumi di PADANG indonesia





GEMPA BANTUAN

Kerajaan akan terus menghulur bantuan kepada mangsa gempa bumi di Indonesia. Ini ditegaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau bercakap dalam sidang media di Pekan, Pahang, sebelum menyampaikan sumbangan kepada bakal jemaah haji kawasan Parlimen Pekan. Menurut Datuk Seri Najib, beliau menyampaikan ucapan takziah bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono. Presiden Susilo mengucapkan terima kasih atas bantuanMalaysia.

((PBR))

TUDM-BANTUAN

Empat pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menghantar pasukan bantuan kemanusiaan ke Padang, untuk misi membantu mangsa gempa bumi. Konsul Jeneral Malaysia di Medan, Sumatera, Encik Fauzi Omar berkata, penerbangan sebanyak enam kali itu membawa 56 orang dari Majlis Keselamatan Negara, Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan Pasukan Perubatan Kementerian Kesihatan, Bulan Sabit Merah dan juga bantuan teknikal. Beliau berkata demikian dalam rancangan Hujung Minggu Malaysia di TV Satu:

"Semasa untuk pagi ini kita menghantar sebulan ‘search and rescue’ daripada ‘SMART team’ kita di mana sebanyak 4 buah pesawat sampai pagi ini dari TUDM dan 4 buah ini akan membuat penerbangan sebanyak 6 kali untuk menghantar sebanyak 56 orang daripada malaysia iaitu daripada MKN yang akan datang seramai 21 orang daripada ‘SMART team’ 25 orang daripada kementerian kesihatan 5 orang dan pembantu kerja teknikal 15 dan juga tidak ketinggalan daripada bulan sabit seramai 4 orang."

Encik Fauzi juga menasihatkan ibu bapa pelajar Malaysia di Padang agar memaklumkan kepada pihak berkuasa jika masih terdapat ahli keluarga mereka di kawasan berkenaan.

"Bagi keluarga yang berada di Malaysia di mana kami telah memberikan talian untuk mereka hubungi kalau terdapat keluarga mereka di situ walaubagaimanapun dalam pemantauan kami belum dapat mana-mana warganegara Malaysia yang terlibat dalam kematian dalam kes ini banyak menjadi masalah ialah kerana hubungan kita tidak lakukan hanya 2 talian iaitu Fleksi dan XL lain daripada talian itu kita tidak dapat hubungi apabila terdapat rakyat malaysia yang menghubungi talian masalah utama ialah talian rumah tidak dapat dihubungi langsung begitu juga talian-talian yang lain 2 talian ini saja yang masih berfungsi"

((PBR))

GEMPA-SYUKUR

Sementara itu, rakyat Indonesia yang terlibat dengan Gempa Bumi di Padang, melahirkan kesyukuran dan berterima kasih atas bantuan dan sumbangan yang diberikan oleh kerajaan dan rakyat Malaysia. Berita Radio mendapatkan reaksi wargaIndonesia yang terlibat dalam kejadian tersebut, Encik Ayie Roswardi dan Encik Deden Khusaini:

Encik Ayie Roswardi;

"Kami sebagai warga negara Indonesia khususnya di getaran di Padang .Kami pun mengucapkan berbanyak terima kasih kepada seluruh warga Malaysia di Malaysia dan kami pun berasa bersyukur banyak sekali dibantu dari segi pakaian, kewangan dan spirit daripada negara Malaysia dan kami pun ingin kerjasama dengan baik dengan warga negara Malaysia di sana.”

Encik Deden Khusaini;

"Terima kasih atas bantuan, juga terima kasih kepada negara Malaysia atas bantuannya. Terima kasih daripada gempa dari Indonesia kami ucapkan terima kasih."

((PBR))

ISLAM-BENCANA

Berita Radio menghubungi penceramah bebas, Ustaz Mohd Rizalman Ahmad berhubung kejadian gempa dan ribut yang berlaku akhir-akhir ini:

"Pertama disebabkan kelalaian kita daripada mengingati Allah S.W.T dan kecuaian kita setelah dijadikan sebaik-baik ciptaan Allah S.W.T seharusnya mensyukuri segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita. Allah Taala pernah berfirman, jangan sesekali kamu mencampakkan diri kamu kedalam kebinasaan maka jelas berpandukan dalil Allah Taala ini maka jelas kita manusia segala apa kesalahan yang telah menjerumuskan kita kedalam kebinasaan pasti ada balasannya."

((PBR))

GEMPA-TSUNAMI

Sistem Amaran Tsunami Nasional membolehkan GEMPA BUMI dikesan 15-minit lebih awal. Demikian menurut Pengarah Bahagian Geofizik dan Tsunami Jabatan Meteorologi, Encik Mohd Rosaidi Che Abbas. Beliau bercakap kepada Berita Radio:

"Jabatan Meterologi Malaysia mempunyai sistem amaran dan Tsunami Nasional yang telah ditubuhkan pada tahun 2005 dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2006. Sistem amaran awal ini beroperasi selama 24 jam setiap hari berupaya mengesan gempa bumi dan juga Tsunami. Sistem amaran ini mamapu memberikan maklumat awal tentang gempa bumi dan Tsunami 15 minit lebih awal sebelum berlaku kepada orang awam, dan juga agensi yang berkaitan dengan bencana alam."

((PBR))

Sumber : BERITA RADIO

0 Responses to “Galleri Gambar Foto gempa bumi di PADANG indonesia”

Post a Comment

FxxK Yahudi